Ya Reno datang lagi. Bagi anda yang masih berkira-kira untuk membeli OPPO Reno5, ketahuilah bahawa OPPO Reno6 akan masuk ke Malaysia tidak lama lagi.

Seperti penawaran terdahulu, siri Reno cukup popular mempertaruhkan keupayaan fungsi kamera. Bagi edisi kali ini, dua model akan dibawa masuk iaitu OPPO Reno6 dan OPPO Reno6Z.

Reno6 sudahpun diperkenalkan 28 Mei yang lepas untuk pasaran China. Ia dilengkapi dengan cip Dimensity 900, skrin AMOLED 90Hz 6.4 inci, bateri 4300mAh, konfigurasi memori RAM 8GB/12GB serta storan antara 128GB dan 25GB.

Sebuah lagi model, OPPO Reno6Z pula telah dijadualkan pelancarannya hari ini tetapi ia akan membuat kemunculan awal di Thailand. Berdasarkan spesifikasi yang didedahkan awal, model ini akan tampil dengan skrin 6.4 inci AMOLED, cip Dimensity 800U, RAM 8GB, storan 128GB dan bateri 4310mAh.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tarikh pelancaran, spesifikasi dan harga, sama-sama kita nantikan pengumuman dari OPPO Malaysia.

Kedai rasmi OPPO;
Shopee:
https://invol.co/cl56gm3
Lazada:
https://invol.co/cl56gmi