Memang benar OPPO Reno5 atau Reno5 F anda masih ada bau-bau kedai lagi, tetapi ia tidak menghalang untuk OPPO membawa masuk siri OPPO Reno6 dan Reno6 Z ke Malaysia.

OPPO Malaysia hari ini mengesahkan tarikh pelancaran peranti tersebut, iaitu pada 5 Ogos 2021, jam 6.30 petang.

Bagi anda yang terlupa, OPPO Reno6 tampil dengan rekaan sisi rata seperti siri iPhone 12. Ia dilengkapi cip Dimensity 900, skrin 6.4 inci AMOLED 90Hz dan bateri 4300mAh.

Manakala, peranti paling baharu Reno6 Z mempunyai cip Dimensity 800U, skrin 6.4 inci AMOLED dan bateri 4310mAh. Oleh itu, sama-sama kita nantikan harga rasminya buat pasaran tempatan minggu hadapan.

Sumber: Facebook OPPO

Baca juga artikel berkaitan:

Beli produk OPPO di:
Shopee - https://invol.co/cl56gm3
Lazada - https://invol.co/cl56gmi