Mula diperkenalkan penghujung Mei yang lalu, OPPO Reno6 didatangkan dengan 3 pilihan warna – black, blue dan gradient.

Kini, peranti ini tampil dengan warna baharu, iaitu warna ungu. Selain itu, ia turut hadir dengan bungkusan edisi khas dan pilihan hadiah untuk pembeli wanita.

Dari segi harga, OPPO Reno6 ini dijual bermula 2799 yuan (~RM1800) bagi varian 8GB+128GB dan 3199 yuan (~RM2058) untuk varian 12GB+256GB.

Imbas kembali spesifikasi, telefon tersebut dikuasakan cip Dimensity 900, skrin 6.4 inci AMOLED 90Hz, bateri 4300mAh, tri-lensa dan rupa bentuk seakan siri iPhone 12.

Buat masa sekarang, OPPO Malaysia belum menyatakan bilakah siri Reno6 ini akan dibawa masuk buat pasaran tempatan.

Sumber: Tmall OPPO

Baca juga – Jualan Pertengahan Tahun OPPO Ada Hadiah Bernilai Sehingga RM3 Juta

Baca juga – ColorOS 12 Mungkin Jadi Antara Muka Terbaik OPPO

Baca juga – Kenali Perbezaan “Fitness Tracker” Dan “Smartwatch”