OPPO pada 11 Disember lalu telah pun melancarkan dua model dalam siri Reno5 iaitu Reno5 5G dan Reno5 Pro 5G. Terbaru, OPPO kini melancarkan satu lagi model dalam siri yang sama iaitu Reno5 Pro+ 5G.

Reno5 Pro+ 5G

Peranti ini dilengkapi skrin melengkung berukuran 6.55-inci OLED dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 32MP.

Reno5 Pro+ dijana cip pemproses Snapdragon 865 dengan sokongan rangkaian 5G serta varian memori 8GB+128GB dan 12GB+256GB.


Dari segi kamera, terdapat gabungan empat kamera belakang yang terdiri daripada 50MP utama dengan sensor IMX766, 16MP sudut lebar, 13MP dengan 5x telefoto hibrid dan 2MP makro.

Beralih ke bateri, Reno5 Pro+ dimuatkan bateri dengan kapasiti 4500mAh. Turut melengkapi peranti ini adalah sokongan pengecasan 65W SuperVOOC 2.0 melalui kabel USB Type-C.

Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu Starry Dream dan Floating Night Shadow.

Sebagai tambahan, terdapat juga versi Reno5 Pro+ Artist Limited Edition dengan kerjasama Joshua Vides. Peranti ini hadir dengan sokongan teknologi elektrokromik, di mana ia boleh mengubah warna dengan hanya menekan pada panel belakang peranti.

Reno5 Pro+ dikatakan peranti pertama yang dikomersialkan dengan dilengkapi teknologi seumpama ini. Dengan dua kali tekan, dua warna tersebut akan bertukar.

Reno5 Pro+ 5G

OPPO Reno5 Pro+ ditawarkan pada harga 3,999 yuan (~RM2487) untuk varian 8GB+128GB. Bagi pilihan memori 12GB+256GB, ia diletakkan pada harga 4,499 yuan (~RM2798).

Reno5 Pro+ Artist Limited Edition (12GB+256GB) juga ditawarkan pada harga 4,499 yuan (~RM2798).

Buat masa ini, ia hanya dilancarkan untuk pasaran China dan belum diketahui bila peranti ini akan hadir untuk pasaran tempatan.

Sumber: IT Home