OPPO menawarkan produk edisi terhad untuk setiap pembelian peranti Reno5 dan Reno5 F bermula 1 Julai hingga 18 Julai 2021. Sepanjang tempoh ini, pembeli akan menerima rangka telefon glow in the dark dan set kotak hadiah.

Istimewanya, set kotak hadiah Reno5 F siap ditandatangani penyanyi rap MK K-Clique. Manakala untuk Reno5 pula ia dilengkapi tandatangan YouTuber terkenal Malaysia, Phei Yong.

Dalam pada itu, pembeli juga berpeluang memenangi sesi lepak maya bersama Phei Yong dengan menyertai peraduan #PictureLifeAtFullSpeed.

Sertai peraduan dengan membeli peranti Reno5 atau Reno5 F sepanjang tempoh kolaborasi ini di Shopee, Lazada, dan peruncit sah OPPO.

Maklumat lanjut mengenai tawaran edisi terhad dan peraduan ini boleh didapati di Facebook rasmi OPPO Malaysia.

Sumber: siaran akhbar OPPO

Baca juga – Telefon OPPO Ini Jadi Pilihan Pembeli Shopee Dan Lazada

Baca juga – OnePlus Dan OPPO Bakal Bersatu Di Bawah Satu Bumbung

Kalau nak beli barang OPPO di Shopee tekan bawah:
https://invol.co/cl4q0wn