Siri OPPO Reno5 bakal dilancarkan sebagai siri Reno terbaharu dari OPPO. Seperti Reno4, Reno5 turut melancarkan dua buah model iaitu versi biasa dan versi Pro.
Beberapa spesifikasi telah mula didedahkan seperti penggunaan Snapdragon 765G dan MediaTek Dimensity 1000+, kuad kamera 64MP dan swafoto 32MP.
Kini, maklumat terbaharu telah melaporkan bahawa Reno5 bakal dimuatkan dengan bahan binaan yang bercahaya dalam gelap. Satu gambar telefon telah diperlihatkan yang menampakkan modul kamera bercahaya dalam situasi yang sangat gelap.
Ia akan menjadikan siri Reno5 sebagai telefon pertama dengan bahan binaan berkenaan jika ia rasmi kelak.
Pelancaran siri Reno5 akan diumumkan pada 10 Disember ini di China. Untuk pasaran Malaysia, kita mungkin akan menerima kehadirannya beberapa minggu pula selepas itu,
Sumber: Sina