Siri OPPO Reno5 kini rasmi dilancarkan dengan dua model iaitu Reno5 5G dan Reno5 Pro 5G.

OPPO Reno5 5G dilengkapi skrin berukuran 6.43 inci, manakala versi Pro pula mempunyai skrin bersaiz 6.55 inci. Kedua-duanya didatangkan dengan paparan OLED yang mempunyai resolusi FHD+ serta kadar segar semula 90Hz dengan input sentuhan 180Hz.

siri OPPO Reno5

Dari segi kamera, Reno5 5G dan Reno5 Pro 5G hadir dengan muatan 4 kamera yang terdiri daripada 64MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP depth. Kamera swafoto pula ditempatkan pada paparan berlubang dengan lensa 32MP.

siri OPPO Reno5

Beralih ke bateri, Reno5 Pro 5G dimuatkan bateri dengan kapasiti 4350mAh. Sementara itu, Reno5 5G pula mempunyai kapasiti bateri 4300mAh. Kedua-dua model ini hadir dengan sokongan pengecasan 65W SuperVOOC 2.0 melalui kabel USB Type-C. Ia turut menyokong pengecasan 18W Power Delivery, Quick Charge dan pengecasan berbalik.

siri OPPO Reno5

Terdapat lapisan pendarfluor yang ditambahkan di sekitar modul lensa belakang, yang dapat memancarkan kilauan dalam gelap setelah menyerap cahaya.

Selain itu, dua model peranti ini mempunyai sambungan rangkaian 5G serta menjalankan antaramuka ColorOS 11 berasaskan Android 11. Ia juga mempunyai sokongan audio Dolby Atmos. Antara perbezaan lain adalah seperti di bawah.

Reno5 Pro 5G

Reno5 Pro 5G dijana cip pemproses MediaTek Dimensity 1000+ dengan dua pilihan memori iaitu 8GB+128GB dan 12GB+256GB yang berasaskan LPDDR4X (3733MHz) dan UFS 2.1.

Peranti ini dilengkapi ciri keselamatan biometrik termasuk imbasan cap jari bawah skrin dan imbasan wajah, Bluetooth 5.1, Wi-Fi 6, NFC dan tiada sokongan bicu audio 3.5mm yang disertakan.

siri OPPO Reno5

Reno5 Pro 5G ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Starry Night, Aurora Blue, Moonlight Black dan Star Wish Red.

Reno5 5G

Bagi model Reno5 5G, ia dikuasakan cip pemproses Snapdragon 765G dengan konfigurasi memori 8GB+128GB dan 12GB+256GB yang berasaskan LPDDR4X (2133MHz) dan UFS 2.1. Sama seperti versi Pro, tiada sokongan slot kad microSD yang disediakan.

Reno5 5G didatangkan dengan ciri keselamatan imbasan wajah dan imbasan cap jari bawah skrin. Antara lainnya adalah sokongan Bluetooth 5.1, bicu audio 3.5mm, Wi-Fi 5 dan sebagainya. Berbanding versi Pro, tiada sokongan NFC yang disertakan bagi model ini.

siri OPPO Reno5

Ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Aurora Blue, Moonlight Black dan Starry Night.

Harga

Harga yang ditawarkan bagi kedua-dua model ini adalah seperti berikut:

Reno5 5G

  • 8GB+128GB – 2699 yuan (~RM1672)
  • 12GB+256GB – 2999 yuan (~RM1857)

Reno5 Pro 5G

  • 8GB+128GB – 3399 yuan (~RM2105)
  • 12GB+256GB – 3799 yuan (~RM2353)

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran China dan belum diketahui bila peranti ini akan hadir untuk pasaran tempatan.

Sumber: Reno5 5G, Reno 5 Pro 5G, via GizmoChina