Setelah sekian lama spekulasi tentang peranti OPPO Reno5 5G, OPPO kini telah mengesahkan ia akan dilancarkan pada 10 Disember ini.

OPPO yang baru sahaja memuat naik video di laman weibo dan rekaan penuh bagi peranti ini telah diperlihatkan.

Berdasarkan video tersebut, peranti ini hadir dengan tetapan empat kamera di belakang. Malah, menerusi status itu juga, OPPO memfokuskan bahawa peranti ini dapat melakukan video potret dimana kamera utama hadir dengan 64MP.

Dua varian yang ditawarkan bagi peranti ini iaitu 8GB RAM dengan 128GB storan dan 12GB RAM dengan 256GB storan.

Menerusi laman OPPO China, tidak didedahkan cip pemproses yang digunakan. Namun, peranti ini akan menyokong pengecasan pantas 65W.

Tambahan lagi, tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Galaxy Dream, Moon Night dan Aurora Blue.

Buat masa sekarang, tiada spesifikasi lain diberitahu dan ia akan diumumkan beserta harga jualan semasa pelancarannya pada 10 Disember 2020.

Sumber: OPPO, Weibo, Tmall