Beberapa hari lepas OPPO dilaporkan telah memfailkan tanda dagang teknologi pengecasan magnetik mereka yang digelar MagVOOC.

Kini, mereka memperlihatkannya semasa acara di China baru-baru ini. Melaluinya, sebanyak tiga aksesori yang ditawarkan, iaitu pengecas magnetik 40W, 20W dan juga sebuah ‘Power Bank’.

OPPO MagVOOC 40W

Pertama sekali, pengecas magnetik 40W adalah pengecas berbentuk menegak yang didakwa boleh mengecas peranti OPPO Ace2 dalam masa 56 minit dan ia juga mempunyai pengecasan Qi 15W.

OPPO MagVOOC 20W

Seterusnya, pengecas 20W MagVOOC mirip yang kita lihat pada realme MagDart dan Apple MagSafe. Rekaannya jauh lebih nipis dan turut menyokong pengecasan Qi 10W.

OPPO MagVOOC Power Bank

Akhir sekali, ‘Power Bank’ MagVOOC dilengkapi bateri berkapasiti 4500mAh yang dapat mengecas peranti pada kadar 20W serta ada sokongan pengecasan Qi.

OPPO Air Charging

Tidak terhenti di situ, OPPO turut memperlihatkan teknologi baharu yang mungkin akan digunakan pada masa hadapan. Ia dipanggil OPPO Air Charging yang boleh mengecas peranti sehingga 7.5W dengan tiada sebarang sentuhan atau kabel yang diperlukan untuk mengecas.

Walaupun begitu, kesemua teknologi ini masih lagi sebuah konsep dan belum diketahui bilakah OPPO akan memberikannya kepada umum.

Sumber: sparrownews

Baca juga: