Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Oppo OHealth H1 Monitor, Lebih Mudah Nak Pantau Kesihatan

Posted on Disember 15, 2022

Oppo telah mengadakan Oppo Inno Day pada tahun ini di mana pelbagai jenis peranti pintar telah diperkenalkan.

Salah satu produk yang dihasilkan oleh syarikat tersebut mempunyai kaitan yang agak rapat dengan kesihatan iaitu OHealth H1 Monitor.

{suggest}

OHealth H1 Monitor merupakan produk pertama di bawah jenama OHealth yang baharu sahaja diperkenalkan semasa Oppo Inno Day.

Peranti ini membantu dalam mengawasi tahap oksigen darah setiap ahli keluarga dan berupaya untuk melakukan ECG (electrocardiogram).

Selain daripada itu, OHealth H1 Monitor juga boleh menjalankan proses auskultasi pada hati dan paru-paru, menyemak kadar denyutan jantung, jadual tidur serta menjejaki jadual tidur pengguna.

Jisim bagi produk tersebut hanya seberat 95g dan mempunyai reka bentuk bujur. OHealth H1 Monitor menggabungkan data yang diawasi bersama algoritma kesihatan Oppo untuk menyediakan data kesihatan pengguna secara keseluruhan.

OHealth H1 Monitor merupakan langkah pertama untuk Oppo memastikan penjagaan kesihatan pengguna yang lebih profesional dan mudah sama ada dalam kalangan pengguna, hospital mahupun klinik.

Sumber: Oppo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress