Jika anda masih ingat, setahun yang lalu, OPPO telah pun memperkenal teknologi pengecasan pantas 125W mereka yang mampu mengecas penuh bateri telefon pintar hanya dalam masa 20 minit sahaja.

Walaubagaimanapun, sehingga kini, pengecasan pantas 125W itu masih belum ditawarkan kepada pengguna.

Bagi menjelaskan status pengecasan pantas itu, satu dialog bersama bapa pembangunan teknologi pengecasan pantas VOOC OPPO, Zhang Galiang telah diadakan.

Beliau menjelaskan, ia bukan hanya soal kemampuan menghasilkan peranti yang mampu mengecas dengan pantas, tetapi juga yang paling penting adalah isu keselamatan terhadap penggunanya.

“To release mass production, there is no problem now, but we are still not satisfied with the status quo, so we have not reached mass production. This dissatisfaction refers to the need to use high rate cells, in the same case the battery capacity is small, the poor battery life. To do a good job of endurance, and will lead to the phone becomes bulky, which is not acceptable to our technology and product side, so the need for battery technology progress. Then there is the problem of high-strength safety hazards brought about by the higher chemical reaction activity of the high rate battery.” Zhang Galiang

Ketika ini, pengecasan terpantas yang ditawarkan OPPO adalah pengecas 65W yang ditawarkan pada beberapa model telefon pintar mereka seperti  OPPO Reno 4, OPPO Find X3 Pro dan OPPO Reno 5.

Sumber: Sparrow News

Baca juga: OPPO Secara Rasmi Memperkenal Pengecasan Pantas 125W, Pengisian Penuh Dalam Masa 20 Minit

Ringkasan Kesemua Teknologi Pengecasan Pantas 3 Digit Yang Diumumkan Minggu Ini