November tahun lalu, OPPO mengumumkan antaramuka Android ColorOS 7 yang baharu di China. Jadual untuk kemaskini peranti yang terlibat dengan kemaskini tersebut telah dikeluarkan. Namun disebabkan wabak Covid-19, jadual tersebut terpaksa dikaji semula dan tarikh baru telah dikeluarkan.
Jadi dengan itu, ini adalah jadual kemaskini ColorOS 7:
Fasa Pertama (10 Mac)
- OPPO Reno Ace
- OPPO Reno Ace Gundam Edition
- OPPO Reno10x Zoom
- OPPO Reno10x Zoom FC Barcelona Edition
- OPPO R17 Pro
- OPPO Reno 2
- OPPO Find x
Fasa Kedua (20 Mac)
- OPPO Reno
- OPPO Reno 2 Z
- OPPO F11 Pro
Melihatkan jadual kemaskini ColorOS 7 untuk peranti di China ini, kita boleh menjangkakan pengguna Malaysia akan mendapatkannya tidak lama selepas tarikh tersebut.
Sumber: OPPO