OPPO berjanji bahawa mereka akan memberikan kemas kini 4 versi ColorOS dan 5 tahun tampalan keselamatan untuk sesetengah model andalan (flagship) yang dikeluarkan tahun depan.
Sewaktu pelancaran ColorOS tahun lalu, OPPO sudah menjanjikan 3 kemas kini OS dan 4 tahun kemas kini keselamatan bagi siri Find X dan nampaknya mereka memanjangkan lagi tempoh kemas kini untuk model akan datang.
{suggest}
Justeru, model kelas andalan tahun ini dan sebelumnya seperti Oppo Find X5 Pro dan Find N tidak termasuk dalam polisi baharu (5 tahun OS + 4 tahun keselamatan) kerana ia sudah dilancarkan.
Bukan itu saja, ini juga bermakna model permulaan dan kelas pertengahan tidak akan mendapat 4 + 5 ini kerana OPPO hanya janjikannya pada peranti andalan.
Antara jenama lain yang menjanjikan 4 tahun OS + 5 tahun kemas kini keselamatan ialah Samsung.
Google masih kekal menawarkan 3 tahun kemas kini OS dan 5 tahun kemas kini keselamatan.
Selain itu, OPPO juga mengatakan versi terbaru ini tersedia pada lebih banyak pengguna, 3 kali ganda lebih tinggi daripada ColorOS 12.
Kami sudah menggunakan ColorOS 13 pada OPPO Find N2 dan mendapati ia semakin baik daripada versi-versi sebelum ini. Nantikan ulasan peranti boleh lipat OPPO Find N2 daripada kami kelak.
Sumber: GSMArena