Seperti vivo, OPPO juga ingin memanfaatkan sukan sebagai platform meluaskan jenama di seluruh rantau. Hari ini, OPPO mengumumkan telah menjadi penaja rasmi pertandingan bola sepak terkemuka Asia Tenggara, AFF Suzuki Cup 2020.

Malaysia vs Laos – AFF Suzuki 2018

OPPO ingin mengajak peminat menggunakan teknologi dan inovasi mereka untuk nikmati perlawanan bola sepak walau dimana mereka berada.

Selain itu, gelaran “OPPO Man of the Match” akan diwujudkan sebagai strategi meluaskan penggunaan nama OPPO di pelbagai platform.

Malahan, OPPO juga akan menaja “Decibel Challenge” dimana suara kumpulan peminat yang paling kuat di antara semua Asia Tenggara akan diberi ganjaran.

Menurut Presiden OPPO APAC, Jimmy Yi berkata tajaan ini akan membuka peluang untuk mendekatkan peminat dengan produk mereka semasa menikmati perlawanan.

Pertandingan AFF Suzuki Cup 2020 telah dijadualkan akan bermula 5 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022.

Sumber: siaran akhbar OPPO

Foto utama: aseanfootball

Baca juga – Nokia Saman OPPO Berkaitan Isu Paten

Baca juga – OPPO Dijangka Akan Melancarkan Telefon Gaming