Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini memaklumkan mereka telah berkolaborasi dengan OPPO Malaysia untuk membangunkan “OPPO Hub” di 29 Digi Store di seluruh Malaysia.

Ia sebagai komitmen Digi dan OPPO untuk memperkayakan pengalaman pembeli daripada kedua-dua jenama tersebut.

OPPO Hub menjadi pusat sehenti kepada pelanggan untuk mencuba pelbagai pilihan telefon pintar OPPO yang terkini dan menilai produk sebelum membuat pembelian.

Selain itu di OPPO Hub, pelanggan juga boleh mendapatkan khidmat Digi Store Expert untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk OPPO.

Sempena pelancaran OPPO Hub juga, pelanggan Digi kini dapat memiliki OPPO Reno6 dan OPPO Reno6 Z terbaharu dengan Digi PhoneFreedom 365.

 

Di samping itu, pelanggan Digi turut akan dapat menikmati internet berkelajuan tinggi dengan akses menyeluruh dan rebat pelan sehingga RM480 apabila mendaftar dengan pelan tersebut.

Pelanggan yang berminat boleh membeli telefon pintar OPPO melalui Digi Store Online (DSO).

Sumber: Digi