Sebelum ini telah dilaporkan tentang kerjasama antara OPPO dan Kodak untuk menggunakan teknologi Kodak dalam kamera telefon pintar ‘flagship‘ mereka.

Kini OPPO secara rasminya telah mendedahkan hasil kerjasama tersebut dengan mengumumkan edisi khas telefon pintar Find X3 Pro Edisi Photographer.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial Weibo. Kerjasama ini dilaporkan sebagai tribute OPPO kepada rekaan kamera klasik Kodak.

Edisi khas telefon pintar Find X3 Pro ini dijangka tetap menggunakan spesifikasi yang sama dengan model yang dilancarkan pada bulan Mac lalu iaitu menggunakan cip pemproses Snapdragon 888, 12GB RAM, storan dalaman 256GB serta dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Cuma untuk Find X3 Pro Edisi Photographer ini, terdapat sedikit perbezaan di bahagian belakangnya yang diliputi pelapik kulit hitam dan dipadankan dengan warna perak.

Selain itu ia turut didatangkan dengan beberapa aksesori khas yang didatangkan di dalam kotak khas

Kredit: Weibo

Belum ada sebarang pengumuman harga dibuat bagi Find X3 Pro Edisi Photographer ini.

Tapi ia akan dilancarkan di pasaran China pada 16 September ini.

Sumber: Lowyat