OPPO baru lagi melancarkan siri Reno6 dan akan melancarkan Reno6 Z pada 21 Julai ini. Terbaru, mereka dijangka bakal memperkenalkan sebuah lagi telefon dalam masa terdekat.

Namun, sedikit kelainan yang dibawakan kerana ia dikatakan adalah sebuah telefon gaming. Berdasarkan pemfailan ke EUIPO, ia dilihat seperti OPPO Reno5 tetapi tampil dengan kemasan dan ciri-ciri gaming.

Selain itu, ia turut hadir dengan port USB-C bersama-sama bicu audio (headphone jack). Ini selari dengan rekaan yang ada pada kebanyakan telefon gaming.

Tiada perincian lain yang didapati buat masa sekarang. Akan tetapi, nampaknya semakin banyak jenama telefon pintar yang sudah mula mengikut trend peranti yang mengkhususkan permainan mudah alih.

Tidak hairanlah perkara ini berlaku kerana mobile gamers juga telah membelanjakan hampir ~RM180 bilion setakat suku pertama 2021 di seluruh dunia.

Dalam pada itu, OPPO sebelum ini pernah mempatenkan alat kawalan yang khusus untuk permainan mudah alih. Mungkin benar bahawa mereka ingin mengeluarkan telefon sebegitu.

Sumber: xda

Baca juga – OPPO Reno6 5G Kini Hadir Dengan Warna Ungu Juga

Baca juga – ColorOS 12 Mungkin Jadi Antara Muka Terbaik OPPO

Baca juga – OPPO Dilapor Sedang Bangunkan Pemproses Imej Sendiri – OPPO M1