OPPO baru sahaja mengumumkan kerjasama dengan Amazon Web Services (AWS) untuk meningkatkan perkhidmatan berasaskan awan untuk sistem operasi ColorOS.

Usaha ini akan menyediakan servis penyimpanan data penting dan privasi seperti gambar dan video dengan lebih selamat di storan awan.

Selain itu, OPPO akan menggunakan pelbagai servis AWS seperti CloudTrail, Network Firewall, AWS Artifact dan lain-lain untuk memperkuatkan sistem keselamatan mereka.

Malah, OPPO turut dapat memanfaatkan infrastruktur AWS di India, Perancis, dan Singapura untuk mempercepat penawaran servis-servis ini kepada pengguna.

Dalam pada itu, penambahbaikan ini turut meningkatkan ciri Private System, Private Safe, dan Personal Information Protection yang ada dalam ColorOS 11.

Sumber: siaran akhbar OPPO

Baca juga – ColorOS 12 Mungkin Jadi Antara Muka Terbaik OPPO

Baca juga – OPPO Reno6 Z Akan Dilancarkan Pada 21 Julai Ini