Tahun ini nampaknya semakin banyak jenama yang sudah berani untuk menampilkan teknologi kamera di bawah skrin atau under-display camera (UDC).

Buat masa sekarang, hanya ZTE sahaja yang benar-benar melancarkannya kepada umum menerusi peranti baharu ZTE AXON 30 dimana mereka sudah menggunakan teknologi generasi kedua.

Kini, OPPO juga akan mengumumkan teknologi sedemikian pada esok, 4 Ogos 2021. Ia merupakan kamera di bawah skrin generasi kedua sejak kali pertama diperlihat semasa acara MWC Shanghai 2019.

Oleh yang demikian, sama-sama kita tunggu dan lihat apakah pembaharuan yang dilakukan OPPO. Adakah kualitinya cukup baik untuk digunakan.

Sementara itu, Xiaomi turut dikatakan akan hadir dengan kamera di bawah skrin melalui telefon Mi Mix 4 yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. Manakala Samsung pula, belum pasti sama ada kita dapat lihatnya pada siri Galaxy Z Fold3 atau Galaxy Z Flip3 minggu hadapan.

Sumber: weibo

Baca juga artikel berkaitan: