Dilancarkan Oktober yang lalu, OPPO A93 kini ditawarkan warna baharu iaitu Magic Blue.

Sebelum ini, OPPO A93 mempunyai dua pilihan warna – Metallic White dan Matte Black. Kini, warna Magic Blue ditambah dalam pilihan warna peranti ini.

Mengimbas kembali, OPPO A93 adalah peranti dengan 4 kamera di belakang dan 2 kamera swafoto yang menawarkan pelbagai mod fotografi AI.

Jika anda berminat dengan warna baharu ini, ia sudah mula dijual dengan harga RM1199 dan boleh didapati menerusi kedai rasmi OPPO dan pengedar sah serta Lazada dan Shopee.