OPPO Malaysia hari ini mengumumkan ahli baharu dalam siri-A iaitu OPPO A54, untuk pasaran tempatan.

OPPO A54 dilengkapi skrin berukuran 6.51-inci dengan resolusi HD+. Terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 16MP.

Untuk memori, ia dimuatkan dengan 4GB RAM bersama pilihan storan dalaman sehingga 128GB. Ia turut menyokong penambahan storan melalui slot kad microSD.

Peranti ini menampilkan tetapan tiga lensa yang terdiri daripada 13MP utama, 2MP makro dan 2MP bokeh.

Dari segi bateri, ia didatangkan dengan kapasiti 5,000mAh bersama pengecasan 18W melalui port Type-C.

Antara lainnya adalah sokongan pengimbas cap jari di bahagian sisi, slot kad (2 SIM+ 1 microSD) dan sebagainya. Peranti ini hadir degan dua pilihan warna iaitu Blue dan Black.

OPPO A54 Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, OPPO A54 ditawarkan pada harga RM599 (4GB+64GB), manakala varian 4GB+128GB dijual dengan harga RM699. Bagi yang berminat boleh mendapatkannya melalui laman web OPPO Malaysia.

Boleh juga dapatkan produk OPPO yang lain melalui:
Lazada (https://invol.co/cl31tmc)
Shopee (https://invol.co/cl31tmq)