Seorang pengguna telefon pintar jenama OPPO di India dilaporkan mengalami kecederaan selepas telefon pintar jenama itu model OPPO A53 didakwa meletup secara tiba-tiba.

Letupan itu didakwa berlaku ketika peranti itu berada di dalam poket seluarnya. Akibat daripada letupan itu, pemilik peranti tersebut mengalami kecederaan di bahagian paha kakinya.

Insiden tersebut didedahkan oleh saluran Youtube Technical Dost yang didakwa berlaku kepada jirannya.

Baca juga: Sebuah Lagi Telefon Pintar Xiaomi Terbakar

Berdasarkan kepada video tersebut dipercayai telefon OPPO A53 itu masih lagi dalam jaminan ketika insiden itu berlaku. Jadi boleh disimpulkan bahawa peranti itu masih baru dimiliki.

Punca kejadian pula tidak dapat dipastikan tetapi ia mungkin berpunca daripada bateri peranti tersebut.

Setakat ini pihak OPPO India masih lagi belum respon terhadap insiden tersebut. Tetapi pastinya ia akan diambil perhatian dan siasatan akan dijalankan.

OPPO A53 adalah peranti kelas pertengahan yang sudah pun dilancarkan untuk pasaran tempatan pada September tahun lalu.

Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 460 dan dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecas pantas 18W.

OPPO A53 menggunakan paparan IPS LCD dengan kadar segar 90HZ yang dijual pada harga RM699.00.

Sumber: Notebook Check