OPPO Malaysia kini telah mengumumkan sebuah model terbaharu kelas permulaan OPPO A15 untuk pasaran tempatan.

Ia hadir dengan skrin berukuran 6.52 inci HD+ dengan panel LCD. Terdapat takuk kecil dimuatkan yang mana meletakkan kamera swafoto 8MP.

Dari segi prestasi, OPPO A15 dijana oleh cip MediaTek Helio P35, 3GB RAM dan juga storan dalaman 32GB. Ia juga boleh menambah storan melalui microSD dengan sokongan sehingga 256GB.

Kamera belakang pula dibariskan oleh 3 unit sensor dengan 13MP utama, 2MP makro, dan 2MP depth.

Bateri OPPO A15 adalah dari kapasiti 4,230mAh yang boleh dicas berkelajuan 10W dengan kabel micro-USB.

Penawaran utama telefon ini adalah dari segi pengimbas cap jari, dan juga imbasan muka melalui Face Unlock AI.

Untuk pasaran Malaysia, OPPO A15 dipasarkan berharga RM499 dan pembelian telefon pintar boleh dimiliki bermula hari ini.

Rujukan: OPPO Malaysia