Lembaga Pengarah OpenAI awal Sabtu lalu mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan pemecatan CEO OpenAI Sam Altman.
{suggest}
OpenAI menyatakan Sam Altman tidak konsisten dalam komunikasinya dengan lembaga pengarah, sekali gus menghalang keupayaannya untuk melaksanakan tanggungjawab. Lembaga pengarah juga tidak lagi yakin dengan keupayaannya untuk terus menerajui OpenAI.
OpenAI announces leadership transition https://t.co/fFYDLwGXQz
— OpenAI (@OpenAI) November 17, 2023
Sebagai sebahagian daripada peralihan, Mira Murati yang sebelum ini memegang jawatan sebagai CTO (Ketua Pegawai Teknologi) telah dilantik sebagai CEO sementara/interim OpenAI.
Sementara itu, Greg Brockman yang merupakan Presiden OpenAI turut dikeluarkan daripada lembaga pengarah. Sebaik mengetahui perkara itu, Greg memutuskan untuk meletak jawatan dan meninggalkan syarikat itu.
Sam and I are shocked and saddened by what the board did today.
Let us first say thank you to all the incredible people who we have worked with at OpenAI, our customers, our investors, and all of those who have been reaching out.
We too are still trying to figure out exactly…
— Greg Brockman (@gdb) November 18, 2023
Tidak terhenti di situ, ‘drama’ berterusan apabila OpenAI ditekan oleh pelabur yang mahukan Sam Altman kembali menjadi CEO. Ditambah pula, CEO interim Mira Murati secara terbuka turut berpihak kepada Sam Altman.
CEO interim bertukar, Sam tidak akan kembali sebagai CEO OpenAI
Dalam perkembangan terkini, laporan The Information mengatakan Sam Altman tidak akan kembali sebagai CEO OpenAI, walaupun terdapat usaha untuk membawanya kembali.
Ahli lembaga pengarah yang juga pengasas bersama, Ilya Sutskever dilaporkan berkata setelah rundingan dengan lembaga pengarah, baki pimpinan dan pelabur utama, Sam Altman sah tidak akan kembali menerajui syarikat yang diasaskan bersama pada 2015.
Ketika ini, jawatan CEO interim juga sudah bertukar, dan kini dipegang oleh Emmett Shear yang merupakan pengasas bersama dan bekas CEO Twitch.
Sumber: The Information via The Verge