8 Sep – Nampaknya, Amazon secara tidak sengaja (atau sengaja?) mendedahkan laman web khasnya untuk aksesori iPhone 7 – satu jam sebelum iPhone 7 di umumkan oleh Tim Cook di majlis pengumuman Apple.
Gambar yang berlegar di laman itu mempertontonkan iPhone 7, diliputi kemas dalam casing yang merangkumi ruang kosong untuk kamera dwi-lensa.
Selain itu, turut kelihatan satu pautan untuk headphone Bluetooth.
Namun, Amazon menarik semula laman itu beberapa ketika selepas ia live.