Pada tahun 2015, OnePlus mempunyai rancangan untuk memperkenalkan aksesori jam selain dari produk telefon pintar mereka.

Namun mereka membatalkan rancangan untuk memperkenalkannya sehinggalah baru-baru ini muncul khabar angin baharu OnePlus Watch akan hadir tidak lama lagi.

Lanjutan daripada itu, CEO OnePlus, Pete Lau kini mengesahkan bahawa jam OnePlus Watch akan dilancarkan pada awal tahun 2021.

Ia akan menggunakan perisian dari Wear OS namun spesifikasi lain seperti cip dan rekaan masih belum diketahui lagi buat masa ini.

Sumber: Pete Lau