OnePlus kini memperkenalkan OnePlus Nord LE yang membawa maksud Literally Only One Edition. Ini bermakna, hanya satu unit sahaja yang ditawarkan seluruh dunia.
Bagaimanapun, ia bukanlah produk baharu dan membawakan spesifikasi sama seperti model Nord yang dilancarkan pada tahun lalu.
Mempunyai gabungan warna jingga dan hijau, peranti ini dilengkapi paparan 6.44-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ serta sokongan kadar segar semula 90Hz dan dilindungi Corning Gorilla Glass 5. Menguasakan peranti adalah Snapdragon 765G.
Pada bahagian kamera, ia dimuatkan 48MP utama, 8MP ultra-lebar, 5MP depth dan 2MP makro serta 32MP kamera swafoto.
Antara lainnya adalah bateri berkapasiti 4115mAh bersama sokongan pengecasan Warp Charge 30T melalui Type-C.
Pengguna yang bertuah akan berpeluang untuk memenangi OnePlus Nord LE. Untuk maklumat lanjut mengenainya, layari pautan ini.
Sumber: OnePlus