Sebelum ini, peranti boleh lipat pertama OnePlus, OnePlus Open dilaporkan hadir pada hujung Ogos lepas. Namun, berita tersebut nampaknya adalah tidak benar.
OnePlus today announced that #OnePlusOpen is launching “soon”
Now let me tell you what soon means: The very first foldable smartphone from @OnePlus is launching October 19th! 🗓️
I’m truly excited about this device!
— Max Jambor (@MaxJmb) September 20, 2023
Kini, pemberi maklumat tentang OnePlus yang terkenal, Max Jambor mendedahkan OnePlus Open akan dilancarkan pada 19 Oktober depan.
Tambahan lagi, pihak eksekutif OnePlus juga ada mengesahkan peranti boleh lipat pertama mereka akan didedahkan dalam acara TechCrunch Disrupt 2023 nanti.
{suggest}
Mengikut ura-ura, OnePlus Open sebenarnya adalah OPPO Find N3 untuk versi global dek kerana peranti OPPO itu eksklusif untuk pasaran China sahaja.
Dengan kehadiran OnePlus Open ini, ia akan menjadi pesaing baharu dalam pasaran telefon boleh lipat global dan secara tidak langsung, menyaingi HONOR V Fold, siri Galaxy Z dan vivo X.
Sumber: GSMArena