Terdapat ura-ura sebelum ini bahawa OnePlus Nord SE akan dilancarkan dimana ia akan menjadi sebuah peranti Nord yang mampu milik dalam siri Nord.

Namun, lain pula yang terjadi apabila maklumat terbaru yang dilaporkan, OnePlus Nord SE hanyalah versi edisi khas peranti Nord yang dibangunkan dengan kerjasama pereka Joshua Vides.

Joshua Vides on His Art & Gifting LeBron AF1s | HYPEBEAST
Joshua Vides

Tambahan lagi, perkongsian yang dilakukan PhoneArena dan Max Jambor mengatakan Nord SE akan menampilkan ciri-ciri estetika pada peranti seperti wallpaper dan rekaan panel belakang baharu.

Ini bermakna, anda akan lihat spesifikasi yang sama iaitu skrin 6.4 inci dengan sokongan kadar penyegaran 90Hz, Snapdragon 765G dan juga tetapan kuad-kamera.

OnePlus Nord SE dijangka akan diperkenalkan pada bulan Mac 2021 bersama-sama dengan peranti andalan siri OnePlus 9.

Sumber: PhoneArena, Max Jambor