Pada Mac yang lalu, OnePlus Nord N10 5G memasuki pasaran tempatan. Akan tetapi, telefon yang dikuasakan Snapdragon 690 itu tidak mampu menambat hati pengguna kerana harganya.

Hari ini, OnePlus Nord CE 5G yang baru sahaja diumumkan tempoh hari secara rasminya dilancarkan di Malaysia.

Baca juga – OnePlus Nord N10 5G Kini Rasmi Di Malaysia, Ini Harga Yang Ditawarkan

Peranti ini datang dengan cip janaan Snapdragon 750 5G, skrin berukuran 6.43 inci fluid AMOLED 90Hz, bateri 4500mAh serta pengecasan Warp Charge 30T Plus.

Di belakang, terletaknya tri-kamera dimana 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Sementara kamera swafoto pula adalah 16MP.

Terdapat dua varian yang ditawarkan, 8GB+128GB dijual pada harga RM1399. Manakala varian 12GB+256GB berharga RM1799. Namun, pengguna boleh dapatkan dengan harga RM1599 semasa pra-tempahan.

Pra-tempahan mula dibuka 21 Jun ini yang mana turut menerima hadiah percuma. Sementara jualan rasmi bermula 26 Jun melalui kedai rasmi OnePlus.

Sumber: Siaran Akhbar OnePlus

Klik pautan di bawah untuk beli telefon ini:

8GB+128GB - https://invol.co/cl4gqkd

12GB+256GB - https://invol.co/cl4gqkr