OnePlus melancarkan dua telefon minggu lalu iaitu OnePlus Nord 2T 5G dan Nord CE 2 Lite 5G dan kini mengadakan tawaran dan promosi untuk kedua-duanya. Ia mula dijual hari ini.
Bermula 19 – 21 Julai, pelanggan yang membeli OnePlus Nord 2T 5G akan menerima OnePlus Nord Buds secara percuma bersama perlindungan skrin selama setahun.
OnePlus Nord 2T 5G varian 8GB+128GB hanya dijual di Lazada manakala varian 12GB+256GB tersedia secara dalam dan luar talian bermula 19 Julai.
Harga jualan bagi OnePlus Nord 2T 5G bermula daripada RM1,899.
Bukan itu sahaja, baucar diskaun RM50 juga boleh direbut mereka yang awal dengan mengimbas kod QR pada laman Facebook dan Instagram OnePlus tapi terhad 200 tebusan.
Klik SINI untuk belinya di Lazada.
Bagi model Nord CE 2 Lite 5G pula, diskaun sebanyak RM200 tersedia dan terhad di Shopee, mulai 19 Julai hingga 31 Julai 2022.
Daripada RM1,199, kini dijual pada harga RM999. Klik SINI untuk beli di Shopee.
Sumber: Siaran Akhbar OnePlus