Minggu lepas OnePlus telah mengumumkan yang OnePlus Nord 2 akan dijana cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1200-AI.

Terbaru, ada laporan mengatakan Nord 2 akan dimuat kamera utama yang sama pada OnePlus 9 Pro iaitu Sony IMX766. Bukan itu sahaja, ia juga akan dilengkapi sistem penstabilan imej optikal (OIS).

Dalam pada itu, OnePlus mengesahkan yang peranti terbaru tersebut bakal di pra-pasang dengan Oxygen OS 11 dan dua kemas kini Android utama. Selain itu, Nord 2 juga sah ditawarkan kemas kini keselamatan selama tiga tahun.

Sebagai sebuah telefon pintar kelas pertengahan, tawaran yang diberi OnePlus ini mungkin untuk menarik semula pengguna untuk meminati mereka.

Sama-sama kita nantikan pelancarannya yang dijangka tiba pada 22 Julai 2021.

Sumber: gsmarena

Baca juga – OnePlus Buds Pro Akan Dilancarkan Bersama Nord 2 5G

Baca juga – OnePlus Kata Cip Sekarang Terlalu Padu Untuk Kebanyakan Aplikasi