OnePlus menerusi OnePlus India sebentar tadi telah pun melancarkan model terbaru telefon pintar OnePlus Nord 2 5G.

OnePlus Nord 2 dikuasakan oleh cip pemprosesan Mediatek Dimensity 1200-AI, dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4500mAh (dual cell) yang menyokong pengecasan pantas (Warp Charge) 65W yang mampu dicas penuh hanya dalam masa 15 minit sahaja serta teknologi paparan Fluid AMOLED bersaiz 6.43 inci dengan kadar segar 90Hz.

Mediatek dan OnePlus bersama membangunkan Mediatek Dimensity 1200-AI bagi memberikan prestasi terbaik kepada sistem AI OnePlus Nord 2 5G.

Selain itu, OnePlus Nord 2 5G juga dilengkapi dengan RAM 12GB dan storan berkapasiti sehingga 256GB (UFS 3.1)

Ia juga dilengkapi dengan 3 kamera utama 50MP AI dari Sony IMX766 dengan teknologi OIS (sistem penstabilan imej optikal) serta kamera hadapan 32MP dengan sensor Sony IMX615.

Antara kelebihan kamera utama OnePlus Nord 2 5G adalah keupayaan merakan foto malam dengan lebih baik dengan adanya ciri terbaru iaitu Nightscape Ultra serta mampu merakam video 4K pada kadar 30fps.

Tanda aras yang dicapai oleh Mediatek Dimensity 1200-AI menurut OnePlus.

OnePlus Nord 2 5G yang didatangkan bersama sistem OxygenOS 11.3 ditawarkan dalam 3 pilihan warna terbaru iaitu Gray Sierra, Blue Haze dan Green Woods (Eksklusif untuk pasaran India sahaja)

OnePlus Nord 2 5G akan mula ditawarkan secara rasmi untuk pasaran India dahulu bermula dari 26 Julai ini serta tempahan awal juga dibuka bagi pasaran Eropah bermula hari ini.

Sebanyak 3 variasi ditawarkan iaitu OnePlus Nord 2 5G dengan 6GB RAM + 128 GB storan yang berharga ₹27,999 (RM1591.81), varian 8GB RAM + 128GB berharga ₹29,999 (RM1705.70) dan varian 12GB RAM + 256GB yang berharga ₹34,999 (RM1989.86).

Buat masa ini tiada sebarang berita bilakah OnePlus Nord 2 5G akan mula ditawarkan bagi pasaran tempatan.

Layari laman rasmi OnePlus Nord 2 5G untuk spesifikasi penuh.