Setakat Julai tahun ini kita sedia mendengar beberapa jenama mungkin mengeluarkan tablet tersendiri dan menurut laporan terdahulu, pasaran tablet semakin mendapat perhatian tahun ini. Ini tidak lain tidak bukan kesan daripada pandemik Covid-19 menjurus kepada pemilihan tablet sebagai kelengkapan untuk pembelajaran dalam talian dari rumah contohnya.

Terkini, OnePlus juga dikatakan mahu membangunkan tablet tersendiri selepas menanda dagang “OnePlus Pad” di European Union Intellectual Property Office (EUIPO).

Selepas mengeluarkan produk TV pintar, jam pintar, dan peranti audio TWS sudah tentu OnePlus ingin meluaskan lagi portfolio produknya.

Sama ada ia akan tampil sebagai tablet flagship atau “flagship killer” untuk bersaing, sama-sama kita nantikan spesifikasi terperinci dalam masa terdekat.

Sumber: mysmartprice

Baca juga – Ini Mungkin Rekaan Dan Spesifikasi OnePlus Nord 2

Baca juga – Tak Perlu Risau, OnePlus Versi Global Tak Guna ColorOS