Perkataan atau terma yang berkaitan dengan kepantasan sentiasa menjadi pilihan OnePlus dalam mempromosikan peranti terbaru mereka.
Ia nampaknya tidak berubah kerana kali ini mereka menjanjikan peranti yang lebih pantas dan lancar pada pelancaran OnePlus 7 menerusi satu kiriman video acah di Twitter mereka baru-baru ini.
Excited to share the next product from OnePlus will unleash a new era of Fast and Smooth. Especially Smooth! Smooth is more challenging than Fast – a true test of hardware and software.
The new product is just beautiful – I can't wait for you to see it! 😬✨ pic.twitter.com/yPU9sEbeIv
— Pete Lau (@PeteLau) April 17, 2019
Pada generasi ke-enam mereka sebelum ini, OnePlus menggunakan frasa “The Speed You Need” bagi OnePlus 6 serta “Unlock The Speed” untuk OnePlus 6T.
OnePlus 7 dijangka akan dilancarkan pada bulan hadapan dengan dua jenis model berbeza iaitu sebuah model asas dan sebuah model Pro.
Sumber: Pete Lau