Samsung bakal melancarkan barisan produk baharu pada malam ini yang merangkumi Galaxy Z Fold3, Galaxy Z Flip3, Galaxy Watch4 dan mungkin Galaxy Buds.

Menjelang pelancarannya, OnePlus USA mengacah produk baharu menerusi akaun media sosial mereka. Apa yang menarik, mereka memperlihatkan seakan-akan telefon boleh lipat.

Namun, agak mustahil OnePlus memperkenalkan telefon boleh lipat tersendiri dalam masa terdekat ini kerana tiada sebarang tanda-tanda pun mereka akan berbuat begitu.

Akan tetapi, berkemungkinan sebuah aksesori bakal diumumkan OnePlus pada hari ini. Ada yang berpendapat mereka akan menawarkan aksesori yang membolehkan penggunanya mempunyai skrin tambahan, mirip LG Dual Screen.

Walau apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak OnePlus.

Sumber: OnePlus_USA

Baca juga: