Antara berita yang meniti dihujung bibir peminat telefon pintar minggu lepas adalah laporan mengenai siri OnePlus 9 dibuang dari senarai Geekbench.

Sebabnya, kedua-dua model dalam siri tersebut dikesan memanipulasi markah platform penanda aras berkenaan. Bila diuji pada penanda aras, markah tinggi yang diperolehi. Tetapi untuk situasi sebenar ketika menjalankan aplikasi harian contohnya Chrome, prestasinya direndahkan.

Alasan OnePlus, mereka mahu tambah baik penggunaan bateri disamping menyesuaikan prestasi dengan aplikasi-aplikasi yang biasa kita gunakan. Nampaknya, jawapan mereka tidak boleh dihadam sebahagian peminat dan pengguna dimana mereka sekali lagi tampil menjelaskan apa yang sudah mereka lakukan.

Menurut OnePlus, cip pemproses zaman sekarang sangat berkuasa hinggakan melebihi keperluan kebanyakan aplikasi seperti aplikasi media sosial, pelayar web dan sewaktu dengannya.

Bahasa mudah untuk kita fahami, OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro hanya akan mengerah tenaga apabila menjalankan aplikasi berat seperti Genshi Impact. Apabila buka Microsoft Office, Facebook dan lain-lain cip Snapdragon 888 tidak perlu bekerja sehingga 3GHz untuk bagi prestasi yang lancar.

Ini untuk pastikan telefon lebih jimat bateri dan dapat menguruskan pelepasan haba dengan baik. Kata mereka lagi pasukan penyelidik dan pembangun dah pastikan produk akhir yang dipasarkan tidak beri impak yang teruk kepada pengguna.

Sebahagian pengguna mungkin boleh terima apa yang OnePlus katakan. Bila bawa ‘benda’ berat, kerja lebih. Bila benda ‘ringan’ tidak perlu bersusah payah meneran segala kuasa. Bateri boleh dipanjangkan tempohnya, haba dapat diurus dengan baik.

Tetapi, penulis Anandtech nyatakan penjimatan kuasa bateri tidak besar. Hanya beberapa minit sahaja dan ini sekali lagi membuatkan kening peminat terangkat.

Kalau benar mahu menjimatkan bateri dan beri prestasi yang optimum, mengapa OnePlus tidak menjelaskan langkah dibuat ini lebih awal?

Sumber: GSMArena dan Forum OnePlus

Baca juga – Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli TWS

Baca juga – Meja Gaming Harga Bawah RM200 di Shopee

Baca juga – Pengguna Di 3 Lokasi Ini Bakal Menjadi Yang Terawal Menikmati Rangkaian 5G Menjelang Akhir Tahun Ini

Beli produk OnePlus melalui:
Lazada (https://invol.co/cl301m6)
Shopee (https://invol.co/cl301lz)