Alat penjejakan peranti bukan sebuah teknologi baharu pada masa kini kerana Tile sudah lama menawarkannya. Kemudian, jenama dari Korea Selatan, iaitu Samsung tampil dengan pengenalan Galaxy SmartTag.

Seterusnya, pesaing terdekat Samsung – Apple pula melancarkan AirTag pada April yang lalu.

Kini, OnePlus pula mahu mengikut jejak langkah mereka dengan memfailkan tanda dagang “OnePlusTag”. Melaluinya, berkemungkinan ia akan diumumkan tidak lama lagi.

Dalam pada itu, dijangka lebih banyak jenama akan menawarkan alat penjejak barang ini pada masa hadapan. Mana mungkin jenama seperti Xiaomi akan berdiam diri.

Baca juga – Apple AirTag Bukan Sekadar Penjejak Barang & Kenapa Ia Akan Menjadi Ikutan Jenama Lain

Sumber: droidmaze