Pengeluar telefon kini mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan prestasi kamera telefon pintar. Dari pengoptimuman perisian ke sensor khusus hingga kerjasama dengan nama besar dalam industri kamera. Tujuannya adalah untuk memberikan ciri kamera yang terbaik.

Terbaru, OnePlus dilaporkan bakal bekerjasama dengan Leica untuk menghasilkan kamera bagi siri OnePlus 9. Perkara ini didedahkan melalui ciapan Teme di Twitter, dengan senarai pengeluar telefon dan syarikat kamera yang mempunyai kerjasama.

Ia merupakan perkara baru apabila OnePlus turut tersenarai bersama Leica sebagai syarikat kerjasama. Menerusi ciapan balas, Teme turut memberikan jawapan yang menggambarkan kerjasama itu akan melibatkan siri OnePlus 9.

Jika benar OnePlus bekerjasama dengan Leica untuk kamera siri OnePlus 9, kita mungkin dapat menyaksikan peningkatan prestasi kamera yang ketara pada peranti andalan OnePlus akan datang.

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari OnePlus.

Sumber: GizmoChina

Beli produk OnePlus melalui:
Lazada (https://invol.co/cl24w7g)
Shopee (https://invol.co/cl24w7p)