Sebentar tadi selain melancarkan model terbaru telefon pintar OnePlus Nord 2 5G, OnePlus juga turut melancarkan peranti audio terbaru OnePlus Buds Pro.

OnePlus Buds Pro merupakan peranti audio profesional pertama yang ditawarkan OnePlus yang miliki pelbagai ciri premium.

Antara ciri utama OnePlus Buds Pro adalah ciri pembatalan hingar sehingga 40dB dan ciri pengecasan pantas (Warp Charge) di mana dalam tempoh 10 minit cas, OnePlus Buds Pro boleh digunakan sehingga 10 jam.

Malah ia juga boleh dicas secara tanpa wayar terus dari belakang peranti seperti dari OnePlus 9 Pro.

Selain itu, OnePlus Buds Pro juga menerima pengiktirafan tahan air dan debu IP55 dan ciri sambungan pantas (OnePlus Fast Pair) bersama peranti pintar OnePlus lain.

OnePlus Buds Pro ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Matte Black dan Glossy White yang berharga USD149.99 (RM634.83).

Ia akan mula ditawarkan di pasaran Amerika Utara dari 1 September 2021 nanti.

Untuk spesfikasi penuh, layari laman rasmi OnePlus Buds Pro.

Baca juga: OnePlus Nord 2 5G Dilancarkan, Berharga Dari RM1591.81