Seperti yang dilaporkan sebelum ini, OnePlus Nord 2 5G akan dilancarkan sekitar bulan Julai ini. Selain itu, dikhabarkan juga bakal berkongsi pentas perasmian adalah fon telinga model seterusnya, OnePlus Buds Pro.

Lanjutan daripada itu, OnePlus baru-baru ini telah membuka permohonan untuk ahli komuniti mereka yang berminat untuk menguji dua peranti terbaru tersebut.

Walaupun tiada apa-apa petunjuk spesifikasi, ia diramalkan hadir dilengkapi fungsi pembatalan hingar aktif seperti fon telinga model “Pro” yang lain.

Jika anda ahli komuniti OnePlus dan berminat untuk mencuba dua peranti ini lebih awal, isikan butiran di laman Lab. Antara butiran yang diminta adalah nama pengguna, umur, negara, dan beberapa perincian penting lain.

Permohonan sudah boleh dibuat sekarang hingga 17 Julai nanti. Seterusnya, pemenang akan diumumkan pada 20 Julai menjelang pelancarannya yang dijangka pada 22 Julai 2021.

Sumber: 9to5google

Baca juga – Cip Dimensity 1200 AI Adalah Hasil Kerjasama MediaTek Dan OnePlus

Baca juga – Dua Telefon Dibuang Dari Senarai Geekbench, Ini Respon Dari OnePlus

 

Beli telefon OnePlus di kedai rasmi:

Shopee - https://invol.co/cl4gqkd & https://invol.co/cl4gqkr