OnePlus telah mengumumkan Ace 2 Pro dengan sejumlah spesifikasi menarik, termasuk sehingga 24GB RAM, sokongan pengecasan 150W dan sebagainya.
{suggest}
Dari segi luarannya, OnePlus Ace 2 Pro membawakan rekaan yang sama seperti OnePlus 11. Ia dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.74-inci dengan resolusi 2772×1240p serta sokongan kadar segar semula 120Hz dan maksimum kecerahan 1,600 nit.
Di bahagian dalam peranti, ia dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan gandingan sehingga 24GB RAM LPDDR5X dan 1TB storan berasaskan UFS 4.0. Bukan yang pertama, Nubia RedMagic 8S Pro+ sebelum ini turut dilancarkan dengan RAM sebesar 24GB.
Beralih ke bahagian kamera, Ace 2 Pro menampilkan tetapan tiga lensa, iaitu 50MP IMX890 utama dengan OIS, 8MP ultra-lebar dan 2MP makro. Sementara kamera hadapan didatangkan dengan lensa 16MP.
Bagi menghidupkan peranti, Ace 2 Pro dimuatkan kapasiti bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 150W.
Antara lainnya, ia hadir dengan sokongan Bluetooth 5.3, Color OS 13.1 berasaskan Android 13, pembesar suara dwi-stereo, IR blaster, NFC, sensor cap jari bawah paparan dan Wi-Fi 7.
Harga
Terdapat dua pilihan warna yang tersedia iaitu Aurora Green dan Titanium Gray. OnePlus Ace 2 Pro hanya tersedia untuk pasaran China sahaja, dengan harga berikut.
- 12GB+256GB – 2,999 yuan (~RM1,923)
- 16GB+512GB – 3,399 yuan (~RM2,180)
- 24GB+1TB – 3,999 yuan (~RM2,565)
Terdahulu, Ace Pro telah dilancarkan di luar pasaran China sebagai OnePlus 10T. Untuk Ace 2 Pro, tidak diketahui jika ia akan hadir di pasaran global sebagai OnePlus 11T atau sebaliknya. Tambahan pula, OnePlus awal tahun ini mendakwa tidak akan melancarkan siri-T pada 2023.
- Beli produk OnePlus di Shopee: https://invl.io/cljl1no
- Beli produk OnePlus di Lazada: https://invol.co/cljl1o4
Sumber: Android Authority