Maklumat berkaitan OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro sudah lama diperbualkan di internet sejak beberapa minggu yang lalu.
Akan tetapi, ura-ura sebelum ini mengatakan terdapat tiga telefon dalam siri OnePlus 9. Jadi, di manakah telefon yang ketiga tersebut?
Telefon yang ketiga dalam siri ini adalah OnePlus 9E atau OnePlus 9 Lite yang dikatakan model lebih mampu milik.
Namun, laporan terbaru mengkhabarkan bahawa OnePlus 9R adalah nama baharu bagi menggantikan OnePlus 9E/Lite.
Seperti yang dinyatakan, ia adalah sebuah varian yang memfokuskan telefon andalan yang mampu milik.
.@evleaks is a very reliable leaker but I wouldn't put my hands in fire for the name of this smartphone
— Max Jambor (@MaxJmb) February 24, 2021
Meski pun begitu, Max Jambor masih belum pasti akan penamaan telefon tersebut. Apa yang pasti, OnePlus 9 dijangka hadir dengan tiga varian pada tahun ini.
Spesifikasi bagi OnePlus 9R juga masih lagi misteri. Ada yang mengatakan ia menggunakan cip Snapdragon 865 atau Snapdragon 870.
Sementara ura-ura terbaru mengatakan mungkin ia adalah telefon berkelas pertengahan yang hadir dengan Snapdragon 690, paparan 6.5 inci FHD+ 90Hz dan bateri 5000mAh.
Walau apa pun spekulasinya, kita perlu menunggu apabila ia rasmi kelak yang mana OnePlus dijangka melancarkan telefon ini pada bulan hadapan.
Sumber: MaxJmb via phone arena