Terdahulu terdapat laporan mengatakan OnePlus akan melancarkan tiga peranti OnePlus 9 iaitu OnePlus 9, OnePlus 9 E dan OnePlus 9 Pro.

Kini, sumber melalui Android Central mengatakan OnePlus akan memasarkan peranti ketiga mereka dengan nama OnePlus 9E atau OnePlus 9 Lite.

Peranti ketiga tersebut turut akan menggunakan hampir kesemua spesifikasi yang terdapat pada OnePlus 8T.

Ia juga adalah kerana cip baharu Snapdragon 888 akan digunakan pada dua peranti lain dan Snapdragon 865 sedikit sebanyak dapat menurunkan harga bagi OnePlus 9 Lite.

OnePlus 8T

Selain itu, ia akan menggunakan paparan AMOLED, kadar penyegaran 90Hz atau 120Hz serta pengecasan pantas 65W.

Tidak lengkap sebuah peranti jika tiada kamera. OnePlus 9 Lite boleh dikatakan ibarat penjenamaan semula dimana akan hadir dengan kuad-kamera yang sama hadir pada OnePlus 8T.

Terdapat juga spekulasi dimana OnePlus mungkin akan menggunakan panel belakang plastik untuk OnePlus 9 Lite berbanding kaca seperti OnePlus 8T.

Harga jualan dijangka akan sekitar AS$599 (~RM2430) di Amerika Syarikat yang pastinya akan menjadi pesaing Google Pixel 5 dan Samsung Galaxy S20 FE.

Sumber: Android Central