Mengiringi penampilan sulung OnePlus 7 Pro ialah model OnePlus 7, diperkenalkan dengan spesifikasi yang sedikit berbeza daripada versi Pro.
Perbezaan paling ketara sekali adalah penggunaan skrin takuk yang menempatkan kamera hadapan 16MP ((f/2.0). Skrin pula sedikit kecil berbanding versi Pro iaitu 6.41 AMOLED. Perbandingan model ini bersama versi Pro adalah seperti dibawah:
Melalui pengenalan kedua-dua model ini, ia ibarat menghidupkan kembali keterujaan peminat OnePlus yang sedikit hampa dengan keluaran sebelumnya.
OnePlus 7 dan 7 Pro bakal hadir menemui peminat tempatan tidak lama lagi dengan acara pelancarannya bakal berlangsung minggu hadapan.