Walaupun ketika ini kebanyakkan telefon pintar acah-acah mengikuti ‘inovasi’ yang dibawakan iPhone 7 tahun lepas dengan tidak menyertakan bicu audio 3.5mm, tetapi OnePlus tidak akan mengikuti jejak langkah yang diambil iPhone atau baru-baru ini Google Pixel 2.
Melalui satu kiriman di akaun Twitter mereka, OnePlus memberi teki teki tentang persamaan yang dimiliki oleh peranti mereka. Secara jelas, ianya adalah bicu audio 3.5mm.
What do our phones have in common? 🎵 pic.twitter.com/sd9PcSdptw
— OnePlus (@oneplus) November 1, 2017
OnePlus 5T mula memperlihatkan rekabentuknya dengan beberapa imej yang tersebar melalui akaun Twitter CEO OnePlus Carl pei semenjak minggu lepas.
Peranti baru ini bakal dijadualkan pelancarannya pada 16 November ini.