Manga One Piece sekali lagi mencatatkan rekod dunia sebagai cetakan manga paling banyak dijual iaitu lebih daripada 500 juta cetakan sejak ia mula diterbitkan dalam tahun 1997 dahulu.
Ia diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness dengan menobatkannya sebagai “naskhah terbanyak diterbitkan untuk siri buku komik yang sama oleh pengarang tunggal, dengan sebanyak 416,566,000 naskhah dicetak dan diedarkan dari Disember 1997 hingga Julai 2022.”
Jumlah itu termasuklah salinan cetak dan digital yang dijual di seluruh Jepun. Selain itu, 100 juta salinan telah dijual di luar negara, dengan jumlah keseluruhan 500 juta salinan terjual di seluruh dunia menurut ciapan oleh kakitangan One Piece.
【特報】
『ONE PIECE』の世界累計発行部数が5億冊を突破しました!
そして「最も多く発行された単一作者によるコミックシリーズ」として、ギネス世界記録を更新!公式認定証を頂きました。
みなさんのおかげです。これからも、よろしくお願いします!#ONEPIECE#ギネス世界記録 pic.twitter.com/3d7t5hQQcX
— ONE PIECE スタッフ【公式】/ Official (@Eiichiro_Staff) August 4, 2022
Ketua editor mingguan Shonen Jump, Hiroyuki Nakano, menerima sijil yang dikemas kini bagi pihak pencipta One Piece, Eiichiro Oda.
Ia sekaligus menjadikan One Piece memecah rekod dunianya sendiri di mana sebelum ini ia memegang takhta sebagai manga paling banyak terjual dalam bulan Disember 2014 dahulu selepas sebanyak 320,866,000 cetakan manga tersebut telah terjual di seluruh dunia.
{suggest}
Sumber: One Esports, Guinness World Record