Nvidia baru sahaja melancarkan kad grafik yang keempat dalam siri RTX 30 iaitu RTX 3060 Ti. Seperti biasa, kita dapat lihat bekalan bagi kad grafik ini lebih sedikit daripada permintaan di pasaran.

Syarikat itu menyatakan faktor utama adalah disebabkan beberapa elemen dan kompononen yang terhad untuk didapatkan dalam pengeluaran kad grafik ini.

Disebabkan itu juga pengeluaran siri RTX 30 masih terhad dan perkara ini turut menjejaskan harga bagi siri RTX 20 dimana harga bagi siri ini masih mahal terutama bagi pasaran kad grafik terpakai (second-hand).

Menurut Ketua Pegawai Kewangan Nvidia, Colette Kress, kekangan bekalan mereka melebihi dari segi wafer dan silikon tetapi juga kekangan dalam substrat dan komponen lain.

Mereka akan terus berusaha sepanjang suku tahun hadapan dan yakin bahawa permintaan tetap akan melebihi daripada penawaran sehingga April 2021.

Dalam pada itu, laporan dari Tom’s Hardware mengatakan walaupun bekalan kad grafik ini sudah mencukupi pada 2021, pengilang dan pengedar masih perlu bersaing untuk mendapatkan ruang kargo udara dengan syarikat farmasi kerana pengedaran vaksin serta peralatan perubatan kian meningkat.

Sumber: Tom’s Hardware