Cyberpunk 2077 oleh pembangun CD Projekt Red merupakan antara permainan yang ditunggu-tunggu pelancarannya sejak dari tahun 2013 lagi. Permainan ini akhirnya mendapat tarikh rasmi pelancarannya iaitu pada bulan September nanti.
Sudah semestinya permainan ini perlu dimainkan pada komputer berprestasi tinggi. Ia juga akan menerima fungsi RTX, jadi kad grafik RTX diperlukan dalam memainkannya. Oleh itu, pihak NVIDIA telah mengacah sebuah kad grafik bertema khas untuk Cyberpunk 2077.
Hey @NvidiaGeForce, what do you think about making a limited edition #Cyberpunk2077 GPU?
— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) February 16, 2020
Kali terakhir kad grafik NVIDIA yang mempunyai tema edisi khas adalah RTX Titan untuk peminat Star Wars. Dikatakan menurut khabar angina Cyberpunk 2077 memerlukan minimum kad grafik GTX 1060 untuk beroperasi.
Menurut spekulasi, gambar yang diacah oleh NVIDIA adalah bersamaan dengan model RTX 2080 SUPER. Namun itu mungkin juga sebuah model RTX 2080 Ti yang baharu.
Sumber: Videocardz