NVIDIA telah melancarkan superkomputer paling berkuasa di United Kingdom yang dikenali sebagai Cambridge-1.

Superkomputer itu adalah hasil pelaburan pembangunan NVIDIA yang bernilai $100 juta.

Cambridge-1 merupakan superkomputer pertama yang dibangunkan NVIDIA. Ia dikuasakan oleh 80 sistem NVIDIA DGX A100 yang diintegrasikan bersama NVIDIA A100 GPU, BlueField®-2 DPU dan rangkaian NVIDIA HDR InfiniBand.

Cambridge-1 berkeupayaan mencapai prestasi tertinggi AI sehingga 400 petaflop. Sekaligus membolehkannya tersenarai sebagai antara 50 superkomputer paling berkuasa di dunia.

The power of artificial intelligence in healthcare will help to speed up diagnosis for patients, improve services such as breast cancer screening, and support the way that we risk assess and prioritize patients according to clinical need,” Professor Ian Abbs

Cambridge-1 digunakan untuk penyelidikan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan kesihatan serta membantu para penyelidik di UK mengkaji biologi digital, perkomputeran kuantum dan genomik.

Sumber: NVIDIA

Baca juga: Fugaku Kekal Sebagai Superkomputer Terpantas Di Dunia

Ini Adalah Senarai 10 Super Komputer Terpantas Di Dunia Ketika Ini Menurut Top500